Dasar Penggunaan Boleh Diterima

Selamat datang ke tapak sesawang Yanmar.
Tapak sesawang Yanmar https://yanmar.com/ and http://www.yanmar.co.jp ("Tapak Sesawang") dikendalikan dan dikawal oleh Yanmar Co., Ltd. dan syarikat-syarikat Yanmar Group (secara kolektif dirujuk sebagai "Yanmar ").
Dengan menggunakan tapak sesawang ini, anda dan sesiapa yang menggunakan tapak sesawang ini (secara kolektif dirujuk sebagai "Pengguna") mengesahkan telah membaca dengan teliti, memahami, dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat penggunaan seperti yang dinyatakan di bawah.
Syarikat-syarikat Kumpulan Yanmar merujuk kepada semua syarikat yang dinyatakan dalam Dasar Privasi.

1. Perlindungan Maklumat Swasta

Dasar Privasi Yanmar telah disediakan demi melindungi privasi para pelanggan kami.
Yanmar mengendalikan dan mengawal Tapak Sesawang dengan mematuhi Dasar Privasi untuk memastikan Pengguna boleh menggunakan Tapak Sesawang dengan tenang.
Sila rujuk kepada Dasar Privasi untuk butiran berkenaan perlindungan maklumat peribadi.

2. Langkah Berjaga-jaga Apabila Mendedahkan Maklumat Peribadi

Dedahkan maklumat peribadi hanya selepas membaca, memahami dan bersetuju dengan Dasar Privasi dan terma dan syarat yang dinyatakan berikut.

3. Hak Harta Intelek

Semua kandungan dan maklumat yang diterbitkan di Tapak Sesawang, termasuk sebarang tanda dagangan, reka bentuk, gambar, penyusunan dan artikel teks, dilindungi oleh undang-undang hak cipta, undang-undang tanda dagangan dan undang-undang perlindungan lain.
Penggunaan, pengedaran atau pengeluaran tanpa kebenaran mana-mana kandungan Tapak Sesawang adalah dilarang.

4. Penggunaan Maklumat Log Akses dan Kuki

Tapak Sesawang menggunakan kuki bagi tujuan meningkatkan Tapak Sesawang kami.
Dasar Kuki Yanmar telah disediakan demi melindungi kuki pelanggan kami. Sila rujuk kepad Dasar Kuki untuk maklumat terperinci.

5. Pengurusan Papan Buletin

Tapak Sesawang ini mengandungi papan buletin.
Yanmar Co., Ltd. mengawal papan buletin tersebut.
Seperti mana sebarang maklumat yang diterbitkan di papan buletin dianggap sebagai maklumat awam, ia adalah tanggungjawab Pengguna untuk memastikan perhatian sewajarnya dilakukan apabila mengendalikan maklumat peribadi.

6. Pautan Tapak Sesawang

Tapak Sesawang ini mengandungi pautan ke tapak sesawang luar yang dikendalikan atau ditawarkan oleh pihak ketiga. Yanmar tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga ini
Tapak Sesawang ini tidak bertanggungjawab dalam apa cara untuk sebarang insiden berhubung dengan pengumpulan maklumat peribadi oleh tapak pihak ketiga yang dipautkan.
Sila rujuk dasar tapak pihak ketiga berkenaan pengumpulan dan pengendalian maklumat peribadi.

7. Pautan ke Tapak Sesawang

Penubuhan atau penerbitan pautan yang tidak dibenarkan ke Tapak Sesawang adalah dilarang.
Sesiapa yang berhasrat untuk menubuhkan pautan ke Tapak Sesawang harus menghubungi Yanmar dan mendapatkan kebenaran melalui Borang Hubungi Kami.
Apabila menghubungi Yanmar, kami meminta Pengguna mengisi perkara mandatori (nama, nama syarikat, nama persatuan gabungan atau kumpulan, nama orang yang bertanggungjawab, nombor telefon, URL Tapak Sesawang, URL yang akan dipautkan dengan, jenis pautan dan sebab bagi tujuan berpaut dengan Tapak Sesawang) selepas membaca dengan teliti, memahami dan bersetuju untuk bertindak mengikut syarat-syarat berikut.
Sebagai peraturan umum, Yanmar akan memberi respons dalam masa 2 minggu berhubung dengan hasil permintaan itu.
Pemautan ke Tapak Sesawang sebelum mendapat kebenaran daripada orang yang bertanggungjawab terhadap permohonan tersebut adalah dilarang.

  • Yanmar tidak membenarkan pautan yang menggunakan bingkai.
    Sila gunakan pautan teks atau pautan yang menggunakan logo rasmi Yanmar.
    Sesiapa yang berhasrat menubuhkan pautan menggunakan logo Yanmar harus menyatakan niat ini semasa menghubungi Yanmar.
    Yanmar akan menghantar data logo ketika meluluskan permintaan untuk memaut Tapak Sesawang.
  • Sebagai standard, pautan itu akan diarahkan ke Laman Utama kami,
    Sekiranya Pengguna ingin menghubungkan halaman ganti di Tapak Sesawang, Pengguna mestilah menyatakan dengan jelas URL halaman ganti yang ia ingin jadikan sebagai pautan.
  • Yanmar berhak membuat perubahan dan/atau memadam kandungan dan/atau URL pada bila-bila masa tanpa notis.
  • Sebarang maklumat peribadi yang diperoleh apabila membuat permohonan untuk dipautkan ke Tapak Sesawang, akan dikendalikan dengan sewajarnya dengan mematuhi Dasar Privasi.

Yanmar tidak membenarkan pautan dari tapak berikut:

  • Mana-mana tapak yang merosakkan atau berisiko merosakkan harta, reputasi, hak peribadi atau privasi Kumpulan Yanmar atau pihak ketiga.
  • Mana-mana tapak yang memfitnah atau menyebabkan hilangnya kebolehpercayaan, atau berisiko berbuat demikian, terhadap Yanmar Group atau mana-mana pihak ketiga.
  • Mana-mana tapak yang melanggar atau berisiko melanggar hak harta intelek, termasuk hak cipta Kumpulan Yanmar atau mana-mana pihak ketiga.
  • Mana-mana tapak yang melanggar perintah awam dan moral.

Tapak yang dikawal oleh pihak ketiga mungkin akan diminta untuk mengalih keluar pautan itu selepas kebenaran untuk menyiarkan pautan telah pun diberikan, sekiranya tapak tidak mematuhi garis panduan Yanmar
Sekiranya Yanmar meminta pautan itu dikeluarkan, pautan itu mesti dikeluarkan dengan serta-merta.
Tapak yang dikawal oleh pihak ketiga yang berpaut ke Tapak Sesawang tidak berada di bawah pengurusan atau kawalan Yanmar dan Yanmar tidak akan bertanggungjawab dalam kes di mana terdapat masalah berkaitan dengan tapak sesawang pihak ketiga ini.

8. Cadangan daripada Pengguna (Penolakan)

Sedang Yanmar memajukan teknologinya sendiri, sebarang cadangan, idea, usul atau bahan lain yang diberikan kepada Yanmar oleh Pengguna akan ditangani seperti berikut:

  1. Yanmar tidak menerima sebarang cadangan, idea, usul atau bahan lain kecuali dengan kes di mana Yanmar secara rasmi mengemukakan permintaan awam untuk cadangan.
  2. Yanmar tidak menerima sebarang cadangan, idea, usul atau bahan lain melalui mel elektronik atau mel pos.
  3. Tanpa mengira perkara yang tersebut, dalam keadaan di mana Yanmar menerima apa-apa cadangan, idea, usul atau bahan lain melalui mel elektronik atau mel pos, ia akan difahami bahawa Pengguna yang menghantar cadangan, idea, usul atau bahan lain kepada Yanmar, telah memahami dengan jelas, menerima dan bersetuju dengan syarat-syarat berikut:
    1. Sebarang cadangan, idea, usul atau bahan lain yang dikemukakan kepada Yanmar adalah atas dasar tidak sulit. Yanmar tidak mempunyai kewajipan kerahsiaan.
    2. Yanmar tidak diwajibkan untuk menerima, menyiasat atau menilai sebarang cadangan, idea, usul atau bahan lain.
    3. Dalam keadaan di mana produk atau perkhidmatan Yanmar yang diumumkan kepada orang awam, menyerupai atau sama dengan semua atau sebahagian daripada apa-apa cadangan, idea, usul atau bahan lain yang dihantar kepada Yanmar, Yanmar dalam apa jua cara, tidak bertanggungjawab atau tidak berkewajipan untuk membuat sebarang bayaran pampasan, kepada Pengguna atau mana-mana pihak ketiga.

9. Larangan

Tindakan berikut adalah dilarang apabila menggunakan Tapak sesawang:

  1. Sebarang tindakan yang menyebabkan kehilangan atau kerosakan kepada Yanmar atau mana-mana pihak ketiga.
  2. Perbuatan jenayah atau perbuatan yang dikaitkan dengan kegiatan jenayah
  3. Aktiviti perniagaan atau jualan tanpa persetujuan jelas dari Yanmar
  4. Sebarang perbuatan sabotaj termasuk penyebaran virus komputer.
  5. Penyerahan permohonan, pemberitahuan, laporan atau sebarang perhubungan lain menggunakan alamat e-mel palsu, atau alamat e-mel milik orang ketiga atau pihak ketiga.
  6. Sebarang perbuatan yang dianggap tidak sesuai oleh Yanmar.

10. Penafian

Tapak Sesawang boleh mengubah atau menghapuskan kandungan yang diterbitkan pada bila-bila masa tanpa notis.
Walaupun penjagaan sewajarnya dijalankan, Yanmar tidak menjamin ketepatan dan integriti maklumat atau bahan yang diterbitkan di Tapak Sesawang.
Yanmar tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang ditanggung oleh Pengguna yang mungkin timbul daripada menggunakan atau tidak dapat menggunakan Tapak Sesawang.
Tapak Sesawang mungkin mengandungi maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang mungkin tidak tersedia untuk digunakan di beberapa negara atau wilayah. Yanmar meminta pemahaman anda mengenai perkara ini.

11. Pentadbir Undang-undang dan Bidang Kuasa

Penggunaan Tapak Sesawang dan syarat-syarat penggunaan akan ditadbir dan ditafsirkan menurut Undang-undang Jepun.
Sebarang pertikaian yang timbul berhubung dengan penggunaan Tapak Sesawang akan diselesaikan di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Daerah Osaka.

Pertanyaan dan Sokongan