Dasar Kuki

Tapak sesawang kami menggunakan kuki dan teknologi serupa (spt: beacons atau pixels dll.). Kuki adalah fail kecil mengandungi huruf dan nombor yang dimuat turun ke komputer, telefon bimbit atau tablet anda - apabila anda melawat tapak sesawang kami.
Teknologi yang serupa sebagai contoh adalah beacons atau pixels. Ia boleh dibenamkan dalam tapak sesawang atau e-mel HTML, dan ia membenarkan pelayan membaca jenis maklumat tertentu daripada peranti anda seperti sama ada anda telah melihat kandungan tertentu atau telah membuka / mempra-lihat e-mel. Ia kemudiannya boleh merekodkan maklumat seperti tarikh dan masa pelayaran dan alamat IP peranti anda.
Dasar Kuki Yanmar telah disediakan dengan hasrat untuk menguruskan dengan baik dan memproses maklumat seperti yang disebutkan di atas.

  • Kuki dan teknologi serupa (cth., beacons atau pixels dll.) selepas ini akan dirujuk sebagai “Kuki”.

Apakah tujuan kami menggunakan kuki?

Kami menggunakan kuki untuk menjadikan tapak sesawang Yanmar lebih mudah digunakan, untuk memberikan pengalaman peribadi di tapak sesawang kami, dan untuk menyesuaikan produk, perkhidmatan dan tapak sesawang kami dengan lebih baik kepada kepentingan dan keperluan anda. Kuki digunakan untuk membantu mempercepatkan aktiviti anda pada masa akan datang serta pengalaman anda di tapak sesawang kami. Kami juga menggunakan kuki untuk memahami bagaimana orang ramai menggunakan tapak sesawang kami dan untuk membantu kami meningkatkan struktur dan kandungan mereka. Akhir sekali, kami menggunakan kuki untuk menghantar anda iklan yang mungkin menarik minat anda.

Apa kuki yang kami gunakan?

Kami menggunakan beberapa jenis kuki di tapak sesawang kami:

Jenis kuki Fungsi
Perlu Kuki ini adalah perlu bagi membolehkan anda bergerak di sekitar tapak sesawang kami dan menggunakan ciri-cirinya. Tanpa kuki ini, perkhidmatan yang anda minta tidak dapat disediakan. Ia akan dipadam apabila anda menutup penyemak imbas.
Prestasi Kuki ini mengumpul maklumat dalam bentuk tanpa nama tentang cara pelawat menggunakan tapak sesawang kami. Mereka membenarkan kami mengenali dan mengira bilangan pelawat dan membantu kami memahami halaman mana yang paling popular dan di mana pengunjung menghabiskan sebahagian besar masa mereka.
Kefungsian Kuki ini membolehkan tapak sesawang kami untuk mengingati pilihan yang anda buat, seperti nama anda, rantau anda berada atau halaman yang pernah anda lihat. Mereka digunakan untuk menyediakan ciri-ciri yang lebih baik dan lebih peribadi.
Jika anda memperibadikan halaman kami, atau mendaftar dengan tapak sesawang atau perkhidmatan kami, kuki berterusan membantu kami mengingati kembali maklumat khusus anda pada lawatan berikutnya. Ini memudahkan proses perakaman maklumat peribadi anda, seperti alamat bil, alamat penghantaran, dan sebagainya. Apabila anda kembali ke tapak sesawang kami, maklumat yang anda berikan sebelum ini boleh didapati semula, jadi anda boleh dengan mudah menggunakan ciri-ciri yang anda sesuaikan. Kuki berterusan akan disimpan pada peranti anda sehingga tamat tempoh atau penghapusan secara manual.
Pengiklanan Kuki ini membenarkan kami dan agensi pemasaran kami untuk menyampaikan iklan yang lebih berkaitan dengan anda dan minat anda. Mereka juga digunakan untuk mengehadkan bilangan pandangan anda melihat iklan serta membantu mengukur keberkesanan kempen pengiklanan. Mereka mengingati yang anda pernah melawat tapak sesawang kami dan mungkin akan membantu kami dalam menyusun profil anda.
Media Sosial Kuki ini membolehkan anda untuk berhubung dengan rangkaian media sosial seperti Facebook, LinkedIn, X (Twitter) dan Instagram.

Pihak ketiga yang diluluskan oleh kami juga boleh menetapkan kuki apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan tersebut. Pihak ketiga tersebut termasuklah enjin carian, penyedia pengukuran dan analisis, rangkaian media sosial, dan syarikat pengiklanan. Pihak ketiga tersebut menggunakan kuki dalam proses menghantar kandungan, termasuk iklan yang berkaitan dengan minat anda, untuk mengukur keberkesanan iklan mereka, dan untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami.

Bagaimanakah saya boleh mengawal atau menghapus kuki?

Anda boleh memilih sama ada untuk membenarkan kami atau pihak ketiga (penganalisa kami, AdTech dan rakan media social kami) untuk menetapkan kuki yang tidak diperlukan sepenuhnya untuk fungsi tapak sesawang melalui sepanduk kuki atau butang tetapan kuki yang disediakan di bawah pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun,jika anda memilih untuk menolak kuki, anda mungkin tidak dapat mengalami sepenuhnya ciri interaktif perkhidmatan kami atau tapak sesawang.

Sebagai alternatif, anda boleh melumpuhkan Kuki melalui tetapan penyemak imbas anda.

Tatacara untuk mengubah tetapan dan kuki anda berbeza antara satu penyemak imbas dengan penyemak imbas yang lain. Sekiranya perlu, sila gunakan fungsi bantuan pada penyemak imbas anda atau klik pada salah satu pautan di bawah untuk pergi terus ke manual pengguna untuk penyemak imbas anda.

Pertanyaan dan Sokongan