Perutusan Presiden

Yanmar secara konsisten melakukan penggunaan tenaga yang cekap di berbagai wilayah darat, laut dan kota, melalui teknologi canggihnya.
Pada tahun 2012, pada kesempatan ulang tahun ke-100 penubuhannya, Yanmar membuat Pernyataan Misi untuk menentukan peranannya dalam masyarakat dan terus membangunkan solusi dalam "Pengeluaran Makanan" dan "Memanfaatkan Kuasa". Kemudian pada tahun 2016, Yanmar menubuhkan Pernyataan Jenama barunya: “A SUSTAINABLE FUTURE -New Value through Technology”, ke arah masyarakat kitar semula sumber yang lebih lestari.

Yanmar bangga dengan aset terbesarnya: kekuatan teknologinya, lahir dari semangat perintis yang diwarisi sejak penubuhannya. Di bawah konsep merealisasikan "kemakmuran maksimum menggunakan sumber daya minimum", Yanmar akan mencapai tahap Kelestarian yang tinggi; "Kemakmuran lestari" dan "persekitaran semula jadi yang lestari". Untuk tujuan ini, Yanmar akan terus memacu teknologi 100 tahun ke depan, dalam bidang kitar semula tenaga yang cekap dan pembangunan peralatan penjimatan tenaga kerja di pelbagai industri.

Yanmar memberikan penyelesaian yang unggul kepada pelanggan di seluruh dunia melalui rangkaian pembuatan dan penjualan global yang sesuai dengan ciri dan keperluan pasaran yang pelbagai.

Bidang perniagaan kami adalah Bumi itu sendiri. Yanmar akan mencipta kesejahteraan baru dengan teknologi canggihnya untuk masyarakat dunia dan kanak-kanak dimasa hadapan.

Takehito Yamaoka
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Perwakilan
Yanmar Holdings Co., Ltd.

Pertanyaan dan Sokongan