Diabdikan untuk menambahkan kelestarian dalam perniagaan kami
Pertanian, perikanan, dan pembinaan adalah industri yang menyokong aspek asas kehidupan kita, termasuk peningkatan infrastruktur. Walaupun kritikal dalam kehidupan seharian kita, kebanyakan industri ini sangat bergantung pada pengalaman dan gerak hati mereka yang terlibat, menambah risiko dalam pengurusan dan juga bahaya dalam pekerjaan itu sendiri. Untuk menyelesaikan masalah ini, Yanmar membuat permulaan awal pada tahun 1984 dengan melancarkan perkhidmatan untuk menyediakan teknologi komunikasi maklumat. Kami berusaha untuk membangunkan perniagaan yang berkembang di mana orangramai dapat bekerja dengan mudah dan selamat dengan menggunakan aspek hard dan soft bagi visualisasi data ICT. Kami berhasrat untuk mengendalikan perniagaan kami dengan kelestarian dengan memastikan kesan persekitaran yang paling sedikit sambil memastikan keuntungan.