Pengenalan

Pusat R&D Yanmar Kota Kinabalu (YKRC) ditubuhkan pada Januari 2007 di Negeri Sabah, Malaysia. Sabah atau dikenali sebagai "Negeri Di Bawah Bayu", dikurniakan landskap pantai dan pulau yang murni, laut yang indah, hutan tropika serta banjaran gunung yang kaya dengan flora fauna asli, dimana segolongannya hanya boleh ditemui di kawasan ini di seluruh dunia.

Idea penubuhan YKRC berasal daripada jemputan bekas Ketua Menteri Negeri Sabah kepada syarikat Yanmar Co. Ltd di Jepun untuk tujuan kerjasama dalam usaha menghasilkan jentera mesra alam yang boleh mengoptimumkan produk bahan api bio daripada sumber biomas yang kaya di kawasan Sabah. YKRC telah diberikan status perintis R&D daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) semasa operasi awal untuk menggalakkan pelabur asing meneruskan penyelidikan menggunakan sumber asli di negara kita. Usaha ini dapat meningkatkan kemahiran pekerja dan juga menyediakan peluang kerjaya tempatan. YKRC juga memainkan peranan penting sebagai pusat operasi penilaian ketahanan dan kebolehpercayaan bagi meningkatkan kualiti produk jenama syarikat kami.

Pada awalnya, aktiviti R&D YKRC tertumpu kepada kajian tentang penggunaan bahan api bio. Kini, kami memperluaskan kemampuan kami kepada kajian pengeluaran makanan, pertanian dan juga akuakultur. Matlamat kami adalah untuk terus menyediakan sokongan kebolehpercayaan dan ketahanan produk yang berkaitan dengan pasaran ASEAN. Selain itu, dengan memperluaskan tumpuan kami kepada penyelesaian lestari, usaha kami menjunjung kepada kenyataan jenama Yanmar –A Sustainable Future. Kami juga kini beroperasi menurut ISO 14001:2005 untuk menyokong aktiviti mesra alam dalam penyelidikan dan pembangunan.

“Bersyukur Untuk Berkhidmat Kepada Dunia yang Lebih Baik.” -Magokichi Yamaoka, Pengasas

Ujian Enjin

Ujian enjin telah menjadi salah satu aktiviti utama kami sejak awal operasi. Penilaian enjin berterusan selama 24jam, 7 hari seminggu merupakan salah satu perkhidmatan terbaik dapat kami tawarkan. Pusat kami terletak di Sabah "Negeri di bawah bayu", berada di bawah laluan angin taufan, membebaskan kita daripada gangguan cuaca yang ekstrim. Lokasi ini strategik kerana iklim yang agak stabil sepanjang tahun berupaya untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penilaian ketahanan enjin. Kemudahan pengujian enjin kami termasuklah ujian enjin besar seperti jentera sokongan marin, ujian skala kecil untuk aplikasi enjin diesel industri kecil dan kemudahan ujian enjin sederhana.

Makmal

Makmal kami telah beroperasi sejak tahun 2008. Pada mulanya, usaha kami tertumpu kepada produk bahan api bio dan ujian sampel berasaskan petroleum. Kini, kami memperluaskan pengalaman kami kepada analisa makmal yang berkaitan dengan alam persekitaran dan juga makananan. Makmal kami telah diakreditasikan ISO IEC 17025:2017 sejak tahun 2014 dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang boleh digunakan untuk analisa berpandukan kaedah piawai ASTM, EN, JIS serta analisa khas berdasarkan permintaan. Selain itu, kami juga melakukan penyelidikan alat ganti engin bagi menyokong keperluan pelanggan kami.

Penyelesaian Lestari 

Pada tahun 2015, YKRC telah meneliti semula misinya, YKRC sebagai pusat penyelidikan & pembangunan di ASEAN, akan menumpukan lebih kepada teknologi canggih tempatan, rangkaian maklumat dan tenaga kerja, dengan itu mencadangkan model perniagaan dan kemudiannya mencari penyelesaian dan teknologi untuk merealisasikan model perniagaan tersebut. Misi ini membawa kepada pelancaran Jabatan Penyelesaian Lestari di YKRC pada Oktober 2017, iaitu sebagai perintis YKRC dimana peranan jabatan ini khususnya mencari penyelesaian yang mampan untuk masyarakat sejagat bagi mempercepatkan pembangunan penyelidikan untuk masa hadapan. Misi baru ini adalah komitmen YKRC untuk menyumbang kepada kenyataan jenama Yanmar –A Sustainable Future. 

Alamat

Lot 11&12, IZ4, Jalan KKIP 1G, KKIP Selatan, Kota Kinabalu Industrial Park,88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telefon: +60 88496777
Faks: +60 88496999

Pertanyaan dan Sokongan